Archive for ‘May, 2009’

Senarai Lengkap Kereta NFS: Shift

Senarai Lengkap Kereta NFS: Shift

Blog Need For Speed hari ini mengumumkan senarai kereta dan litar lumba untuk Need For Speed: Shift. Jumlah kereta melebihi 65 buah. Ini termasuklah kereta yang masih belum dijual seperti Lamborghini Reventón dan Volkswagen Scirocco. Namun kereta kegemaran aku iaitu Mitsubishi Evo X tiada di dalam senarai. Hopefully Evo X akan muncul melalui DLC game ni.

Litar pula ada 18 kesemuanya. Litar-litar adalah litar sebenar di serata dunia seperti Silverstone dan Laguna Seca.

Zune HD Akan Bunuh iPod?

Zune HD Akan Bunuh iPod?

Microsoft baru sahaja mengumumkan Zune HD. Dijangka akan bertanding dengan iPod Touch, media player mudah alih dari Microsoft ini dilengkapi touch screen, kebolehan melayari internet, skrin OLED dan kebolehan memainkan video HD.

Jom Download Service Pack 2 Vista

Jom Download Service Pack 2 Vista

Walaupun Vista agak kureng berbanding XP, Microsoft dengan rasa penuh tanggungjawab telah melancarkan Service Pack 2 (SP2) untuk pengguna Vista yang sedang merana menunggu.

Budak Bunuh Diri Selepas Dilarang Main Game

Budak Bunuh Diri Selepas Dilarang Main Game

Khamis lalu, seorang kanak-kanak Thailand berumur 12 tahun mati selepas terjun bangunan setinggi 6-tingkat di sekolahnya. Punca kejadian adalah dipercayai disebabkan bapa kanak-kanak tersebut melarangnya dari bermain permainan komputer.

[Trailer] Modern Warfare 2

Without further a do, I present to you one of the most anticipated game this year. Modern Warfare 2! Ini adalah trailer ke-2 game tersebut sebelum dilancar pada Oktober depan. Enjoy!

Log in / Copyright © 2009 TechIT.com.my. All rights reserved. Branding services provided by Perniagaan Internet