Versi terbaru Google Earth (GE) iaitu 5.0 baru dilancarkan semalam (2 Feb 09). Kepada pengguna biasa perisian ini, sudah tentunya ada ingin tahu apa yang terbaru dalam 5.0. Di bawah diterangkan 3 kebolehan terbaru:
- Lihat gambar-gambar bersejarah — Kembali ke masa lampau dan anda boleh lihat perubahan yang berlaku. Selain perubahan pembangunan, anda boleh lihat kesana-kesan semulajadi seperti gempa bumi dan pemanasan global. Hanya pilih sahaja tempat yang anda ingin lihat.
- Teroka lautan — Kali ini ada boleh menyelam di lautan di seluruh dunia. Pilih sahaja mana-mana lautan daln anda boleh mula menyelam serta-merta. Ini termasuklah menyelam di Jurang Mariana, gaung paling dalam di dunia. Selain itu, anda boleh meneroka lautan bersama pakar marin dari National Geography. Hari ni nak sufr di mana?
- Rakam pengembaraan anda– Suka melancong di dalam GE? Sekarang anda boleh merakam perjalanan dan kongsi bersama rakan-rakan! Malah anda juga boleh memasukkan suara anda dan ceritakan tentang tempat yang dilawati. Macam pemandu pelancong la pulak.
Dapatkan Google Earth secara percuma di link di bawah.