Demo Minggu Ini: NFS SHIFT, PES 2010 & MGS Peace Walker

Posted by Mohd Nazif on Sep 24th, 2009 and filed under Download, Games. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Salam sejahtera semua! Macam mana dengan demo FIFA10 dan Tropico 3 yang aku syorkan minggu lepas? Best tak?

Minggu ini ada lagi 3 buah demo game best sedia untuk korang download dan cuba sebelum beli.

Need For Speed SHIFT (NFS SHIFT) menjanjikan kelainan berbanding francais NFS sebelumnya. Tiada lagi free roam dan street racing. NFS SHIFT lebih serius dan menumpukan karier pelumba trek.

Bagi aku, NFS SHIFT seakan sama seperti GRID dan Forza. Kalau korang minat berlumba di trek, download demo ni. Saiz adalah 1.13GB. Untuk pengguna PC sahaja.

[Download NFS SHIFT Demo]

Demo ke-2 minggu ini adalah satu lagi game bola untuk PC iaitu Pro Evolution Soccer (PES 2010). Dalam PES 2010, goalkeeper bertindak lebih realistik (goalkeeper PES 2009 terer nak mampus) dan AI referee diubahsuai supaya tidak membuat keputusan yang berat sebelah.

Kalau korang dah try FIFA10 dan still tak suka, try demo PES 2010. Saiz download adalah lebih kurang 900MB sahaja.

[Download PES 2010 Demo]

Demo ke-3 adalah Metal Gear Solid Peace Walker untuk PSP. Demo ini baru sahaja dikeluarkan di Tokyo Game Show beberapa hari yang lepas so korang adalah antara orang paling awal cuba demo untuk francais legend ni.

Cara-cara install game ni korang boleh baca di website IGN.

[Download MGS Peace Walker Demo]

Leave a Reply

Log in / Copyright © 2009 TechIT.com.my. All rights reserved. Branding services provided by Perniagaan Internet