Aku baru sahaja try demo FEAR 2 Project Origin. Aku gunakan skrin resolusi 1680×1050 dengan 4x FSAA. Semua efek adalah maksimum. Selain resolusi, semua setting adalah auto detect.
Kat bawah ni adalah screenshots yang aku telah ambil sepanjang aku main demo ni. Aku akan terangkan features game ni melalui gambar.
Ini adalah muka hadapan game ini. Korang boleh expect apa yang akan ada dalam game ni melalui gambar ni. Nampak robot tu? Sure best kalau dapat naik kan?
Introduksi dimulakan dengan sedikit latar belakang hantu game ni iaitu Alma. Kalau korang dah main FEAR dan FEAR Extraction Point, sure kenal la awek ni. Loading time tak la lama sangat. In fact tak sampai seminit dah boleh start main.
Selepas intro, aku sebagai watak utama yang tanpa nama, sedang bangun dari pengsan. Helikopter yang aku naiki telah terhempas. Lepas tu aku nampak sesusuk tubuh yang aku kenal iaitu seorang kanak-kanak perempuan. Aku pun ikut la dia.
Selain dari hantu yang seksi, FEAR terkenal dengan efek slowmo atau bullet time. Kali ini, efek slowmo lebih detail. Siap ada blurring efek lagi bila pergerakan terlalu laju. Lighting pun cantik. Pendek kata memang feel la keseraman game ni. Dalam demo ni, korang bukan sahaja akan menembak orang, hantu pun ada tau. Tapi susah sket sebab mahkluk ni suka terbang-terbang dan hilang-hilang. Aku terkejut gak bila tiba-tiba hantu ni muncul depan aku. Hihi.
Selain itu, korang akan pakai helmet. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, ada efek border dan indicator tipikal game FPS. Efek helmet seperti ni korang boleh jumpa dalam game Metroid Prime dan Star Wars Republic Commando.
Lagi satu yang aku suka adalah darah. I mean blood and gore dia la. Efek darah terpecik memang best ditonton berkali-kali. Real siot. Dalam demo ni jaga, korang akan try lebih dari 5 jenis senjata. Korang start dengan sub-machine gun. Lepas tu korang akan gunakan shotgun, sniper rifle, assault rifle dan laser. Grenade pun ada. Faveret aku adalah sniper rifle sebab boleh tengok kepala meletup.
Ada robot la dalam game ni. Robot ini dinamakan sebagai Elite Powered Armor. Sekali tengok macam robot dalam filem The Matrix. Tapi yang tak best, robot ni tak boleh lompat dan ada machine gun sahaja. Maybe dalam full game akan ada grenade launcher?
Bila hampir mati, skrin akan jadi merah disebabkan darah naik ke mata. Macam dalam game Call of Duty.
Last but not least, bila dah mati, helmet korang akan retak, dunia semakin gelap.
So, first impression dari aku, game ni akan jadi smash hit macam edisi pertama FEAR. Major improvements yang aku nampak adalah dari segi visual. Bullet-time lebih gempak. Pilihan senjata yang banyak. Dan errie ambience yang menjadi. Cuma yang masih belum tahu adalah storyline je. Kalau storyline solid, sure gempak la game ni.
AI pun agak bijak. Musuh korang takkan berlari melulu ke arah korang. Instead, diorang akan meyorok dan tunggu korang datang. Paling best bila senjata diorang terbakar, diorang akan cuba padamkan api dahulu. Tapi, korang pun boleh terbakar tau. So jangan main api. Heheh.
Aku maybe akan beli game ini. Korang boleh download dan try demo game ni secara percuma di link di bawah.
[Download F.E.A.R.2 Project Origin Demo]
Link ori: mohdnazif{dot}com









